http://www.fullpics.com/up/Fire-background_TLZ.jpg

Selasa, 20 Disember 2011

Dinner TNB

17-12-2011 sabtu
kereta apak aku
Muara ikan bakar tanjung harapan,.....

6.00p.m
sebelum bertolak ke medan tersebot,aku mengalami kemalangan kecil,ia berlaku sewaktu OTW nk p ke bank berhampiran dgn rumah aku.....

geng bapak aku
Ia berlaku ketika aku nk masok ke 1 persimpangan.....ntah mcm mane ntah boleh ade pulak divider,bkn divider hitam puteh 2...tp yg mcm tmpt duduk 2...ntah kontraktor mane ntah p letak bnde alah 2 kat si 2..                                                                                                                

lepas langgar je bende alah 2..semua org teros turun...yela..mcm kapal terbang terhempas je...tngk2 tayar dpn belakang pecah(belah kanan)....ALhamdulillah selamat x kami x jadi apa2...




suasana dewan
                                                  
adik  & spupu aku
selamat ayah aku pon ada kat dalam kereta 2...lau x masak la aku kna marah....ayah aku ni jenis cool je...lepas2 kene 2..dya suroh henjut je bawak balik umah...aku sorg je yg kena bawak balik...yg lain smua tnggu si 2..Malu 2 toksah  dok kata la...org kiri kanan tngk je...yela..kereta limited editon sape x nk tngkkn..haha..redo dgn setiap dugaan..(ALLAH xkn menguju hambanya melainkan atas kemampuannya..)MAHA SUCI ALLAH.................
adik &akak aku
.
spupu & aku
nak x nk kena p gak la majlis 2..ayah aku pengerusi dlm majlis 2..aku lak kena bace doa selamat dlm majlis 2(bapak suroh..kene ikot jela)...ayah aku calling2 la member dya...selamat member ayah aku 2 x guna kereta..dya pon bg la pinjam  kereta dya...kereta same jenis je..tp warna je lain....
maklong & ibu aku

fmly aku
lepak kat luar dewan (kena angin pantai lepas makan memang nyaman)


















lebih kurang pukol 7.45 kami dh smpai dh kat medan tersebot..kami pon solat maghrib dulu.pas 2 baru la masok dlm dewan tersebot..majlis berlangsong lebih kurang pukol 8.45p.m...dlm tentetif pukol 8.00...janji melayu la katakan...ad yg smpai lambat la apa la....

makan dya toksah dok kata la...aku perembat ja smua yg ad kat atas meje 2....tahun sblom ni aku x pnah dtg pon dinner tnb ni...yela skolah jauh kan...

antara makanan yg ade..

-ikan siakap 3 rasa
-ikan cencaru bakar
-sotong goreng tepung
-udang galah goreng tepon
-otak2
-kerang rebus
-pencuci mulot
-fresh oren & tembikai
-satay

Rabu, 3 Ogos 2011

ramadhan kembali lagi..1432h

Bulan ramadhan telah TIba,
Banykkn amalan pada yang esa.(pantun TV9)haha

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini
Sabot je ramadhon,tau dh kena puasa la jawabnya(pikiran ku time kecik),tapi bila puasa mesti teringat nak raya,haha

Bila dok sorang2 aku teringat balik fe’el aku  time bln ramadhan ni,nk dapatkan duit raya banyak kat parent’s aku terpaksa la tipu diri sendiri & family aku…haha
Yela,bila dah penat je,masok bilik air la minom ayaq…..air paip pon rasa mcm air laici time 2..haha,tp time nk buka posa je nikmat nk buka 2 aku x dapat la coz aku xposa,time posa full hari hari ja,bila nk buka 2,ALLAHHUAKBAR,nikmatnya memang filing gile ar…

2 citer lame,sekarang aku x buat dah kerje gile tuu,nek je skolah menengah,aku dah dpt beza kan mana baik mana burok,time skolah rendah 2 reti gak la beza mana bek mana burok,tp x leh beza mana yang TERBAIK & TERBUROK,lau dah besar panjang ni menipu gak memang otak sewel la org kata..haha

Bulan ramadhan ni bnyk  kelebihannya,so aq nk kongsi sikit la…
1) Bulan Ramadhan ni  bulan keampunan.dalam bulan ini segala dosa kita diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah kita lakukan akan diampunkan.
2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar ni malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik la orang kata,malam ni dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.
3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran ni pembimbing kepada kita & suluruh umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan ni gak pintu syurga akan dibuka manakala pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ni salah 1 tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan ni xde syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu(diikat,bkn dgn tali rapia)haha. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan posa ni gak pahala amalan yg kita buat dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.
7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

P/s:moga2  dengan  kelebihan yg aq bg tau,yg  ada dlm  bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah

Jumaat, 29 Julai 2011

kenangan terpahit..

30 dec 2009,
memang xkn aku lupakan peristiwa ini,
orang racing aku pon sibok nk beracing,last2 amek ko,kn dh dapat......kejadian berlaku kat highway bukit raja,highway 2 memang sedap la lau test mesin…

Pada malam tersebut aku dengan member aku ni nk test moto la kononya,(moto baru
oprate la katakan) tp bkn moto aku,moto member aku je,kiranya aku ni jd joke je…
race pnya race akhirnya aq terbabas kerana handle x knci ketat kot,meter lau x clap bru je 170/km/j,2 pon minyak x pulas abes lagi,tau2 goyang dah handle,so mendapat la aq,

jatoh2 je aku dok kat line 3 kat highway,moto lak dok kat line 2,line tu phm2 jela kan lau kereta bawak laju mana,selamat aku leh bangon lagi time 2,lau x memang arwah dh aku kat si 2,mana x nya,lpas  aku bangon je kereta lak lalu, memang mengucap bnyak2 la time 2…

Member2 aku yg kna tinggal 2 trus berhenti & agkat moto,lau x memang lunyai la moto member aku 2…haha
Perrhhhhhhh….lepas je aku jatuh 2 aku teruus balik rumah dgn memboncing member  aku,nak bawak moto x leh dah,coz tangan aku kuar abes kulit2 ni,dengan lutut aku yang luka,memang pedih la…….

Sampai je rumah,aku terus pergi kat bilik parents aku,time 2 lebih kurang kol 2pagi…memang aku nakal,kuar malam2,lepak x tentu masa,tpi 2 sebagai hiburan org muda,haha…mana ada org merempit siang2,so malam je la kitorang mermpit…hahaha..

Ibu aku kuar je bilik, aku terus ajak p klinik,ibu aku Tanya kenapa??(yela gelapkan mana Nampak luka aku)..aku ckp jela aku jatoh moto,tapi aku x abaq pon aku jatoh b’racing…gila,nk kna pancong dgn ibu aku lau ckp b’racing,clap2 moto aku kena masok kedai pajak gadai...haha….

On the way nk p klinik 2 kena tocer sedas..haha…padan ar kuar malam,dh kena mcm ni bru teringat rumah…hahahha..PENGAJARAN  smua ni….
Sampai je klinik doctor hindu nk bagi ceramah free lak,aku sound sekali diam terus doctor 2,yela..dh la aku tngh sakit,mau x hangat hati aku,clap2 memang kena debik la doctor 2..hahaha..(macm berani)…

Time nak tidoq je perrhhh memang siksa..dh la tangan aku kiri kanan kuar kulit,belakang aku pon luka,selamat x da patah2….lau x lagi siksa..hehe…time 2 baru la nk ingat ALLAH,sblm nk b’racing 2 jujur aku ckp x teringat lagsong..nak bace doa ke ape ke x da…

Tapi aku sakit seminggu lebih ja…pas 2 dh rasa lega sikit la…PARUT 2 tetap ada,memang x hilang,boleh aku tunjuk kat anak cucu aku..hahaha..
sblm ni aq pnah gak excdent,tp x la seteruk ni,bermulanya mlm 2 aku dh slow dh
 lumba2 haram ni,ada 2 ada lagi la,Cuma x macam dulu,dulu kereta banyak ke x,aku
redah je,tp sekarang tngk kereta banyak sikit je hati aku dah kecut dh,mungkin trauma
x abes lagi kot,haha,……

Tapi x pa,aku redo apa yang berlaku atas diri aku ni,mungkin ni kiffarah dari dosa2
aku,memang ad hikmah atas setiap kejadiaan…

P/s:kepada mat2 moto yang nk b’racing 2 ingt la org tersayang,x ingat kat org tersayang pon,sayang la sikit body kita 2, calat ke patah ke,x keharu….DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA HIGWAY.(ayat adnan sempit)hahha..x leh belah










Silap siapa.? kalau ikut salah diri sendiri.. Sudah remaja dah besar boleh fikir sendiri baik buruknya. Rasanya tak ada ibu bapa yang minta anak2nya merempit. Takde guru2 yang ajar pelajarnya merempit. Memang salah sendirilah.. mereka yang pilih sedemikian.

Sikap orang kita selalunya x nampak silap sendiri ini kerana kurang muhasabah diri.. jadi dia x tahu yg dibuat samada betul @ salah, merugikan @ menguntungkan.. Perkara yg salah selalu dicover dengan yg baik jd nampak baik lah kononnya tapi kena ingat (matlamat @ niat tak menghalalkan cara) contohnya merempit terang-terang salah tapi dicover kononnya untuk ronda2 makan angin jumpa kawan2 erat silaturahim dan sebagainya.. nampak baik, memanglah baik daripada hisap dadah @ merompak..

Tapi dari sini lah bermulanya pergaulan bebas, pertaruhan & perjudian, pengedaran dadah, pezinaan, peras ugut, pergaduhan, mabuk dan bermacam kemungkaran yang kita tak terfikir. Merleret2, berangkai berkait menjadikan masalah yang lebih besar.

Kalau ikut sejarah merempit ni bermula dengan perkembangan kemajuan negara. Masyarakat @ rakyat Malaysia sudah mula mengecapi kesenangan hidup di kota dan di desa semuanya sudah moden. Semua orang boleh dikatakan sudah mampu memiliki kenderaan sendiri sekarang. Kalau dulu nak tengok orang yang pakai kereta @ motorsikal di tempat kita, mungkin boleh bilang 2 @ 3 orang saje, tapi sekarang kena cari orang yang x de kereta @ motorsikal pula dan adalah 2 @ 3 orang saje yg takde kerana betul2 miskin. Begitulah keadaannya. Masa dulu mana ada rempit2 ni sebab motor adalah kemudahan jd mereka menghargai ape yang ada.

Pada asasnya kenderaan digunakan untuk kemudahan pengangkutan kita untuk kesana sini. Untuk melaksanakan tugas dan memudahkan urusan dan sebagainya. Tapi bagi remaja sekarang menyalah gunakan kemudahan, kenderaan bagi mereka lain. Untuk bergaya, untuk menunjukkan kehebatan, untuk berpoya dan sebagainya. Cara memandu juga dengan berbahaya, membahayakan diri sendiri membahayakan orang lain.

Muhasabahlah diri sendiri.. Macam di sekolah sering kita dengar bila pelajar gagal mesti disalahkan guru kerana guru tak pandai, ajar tak bagus, guru pilih kasih dan macam2 semuanya salah guru. Tapi cuba kalau kita seorang pelajar yang bertanggung jawab, kita tidak akan pernah mengatakan kerana guru mengajar tak bagus, guru garang, tak fahamlah dan bagai-bagai lagi tapi jika gagal, itu adalah kesilapan kita sendiri yang malas, tak bagi tumpuan, tak minat kerana kita sendiri. Ape salahnya kata begitu. Kan senang cerita barulah ada keinsafan dari diri sendiri, barulah ada kesedaran untuk berubah.

Insaflah wahai remaja zaman sekarang.. jangan salahkan orang lain, jangan menunding jari mencari kesilapan orang lain kerana kemungkaran sendiri, bertaubatlah, hindarilah budaya ini. Dekatkanlah diri kepada agama, insaf dan sedarlah diri siapa kita & di mana kita.


  
 * SEsal dulu pendapatan,seSAl kemudian parUt kat body la







Jumaat, 6 Mei 2011

Ibu oh ibu...

Orang kata aku lahir dari perut ibu....
(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku...ibu
Bila lapar, yang suapkan aku...ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....
ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....ibu

Bila bangun tidur, aku cari....ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang....
ibu

Bila nak bermanja, aku dekati....ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
ibu                                                       

                                                                                                                                 
Bila nakal, yang memarahi aku....ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma....ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
ibu

Bila takut, yang tenangkan aku....ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....ibu
Aku selalu teringatkan....ibu
Bila sedih, aku mesti telefon....ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....
ibu

Bila bengang, aku suka luah pada....ibu
Bila takut, aku selalu panggil...."ibuuuu"
Bila sakit, orang paling risau adalah....ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu....ibu
Bila ada masalah, yang paling risau....
ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
ibu

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....ibu
Yang selalu berleter kat aku....ibu
Yang selalu puji aku....ibu
Yang selalu nasihat aku...ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku nk tunjuk dan rujuk.....
ibu



Aku takot jika aku ada pasangan hidup sendiri  nanti aku akan jadi seperti........
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari...
Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....ibu
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
ibu
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu
Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu...
ibu. ingat kat aku
Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon 
ibu
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk 
ibu
nauzubillahhiminzalik...

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk IBUiIBU bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.....
Tapi kalau  ibu sudah tiada.....
Ibuuuuu...RINDU ibu.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya...

Jumaat, 29 April 2011

kawan ibarat..

kata ibu.
kawan ibarat lebah....
habis madu sepah  d buang..

kata ayah...
kawan umpama bunga ros...
d lihat cantik d pegang sakit

kata atok...
kawan 2 seperti air...
terus mengalir..

kata nenek...
kawan 2 bak bulan...
d puja dan d sanjung tp  nun jauh di sana.

kata kawan,..
kawan mcm makanan,..
kawan mkn kawan..

kata makcik...
kawan 2 seperti lembu...
ikot je apa yg di kata..

kata kakak,..
kawan 2 x ubah mcm durian...
bau je busuk tp sedap d mkn.

kata adik...
kawan 2 mcm biskut.
sekejap ada sekejap x da..

kata ustaz..
kawan mcm cermin...
menegur dan memperlihatkn diri kita.

kata aku,
kawan 2 tak kesah mcm mana..
walaupon dya ibarat lebah,umpama bunga ros,seperti air,bak bulan,mcm makanan,seperti lembu,mcm durian,biskut,cermin!!!!
dya tetap kawan...

tau x sbb ape???
sekali aku dh kawan dgn kawan..
selamanyer dya tetap kawan aku..
walaupon dya selalu mnduga aku...
insyaallah....

p/s:jadi lah sprti spongebob yg setia,sayang dan mngambil berat dgn kawannya...

Selasa, 26 April 2011

Cerita2 pendek..

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………
Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
Citer 6
Pesanan Penganjur >>>
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.
Citer 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…
Citer 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Citer 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Syaitan dan Bismillah....

Bismillahirahmanirahim
Menurut apa yang diceritakan oleh Tok
Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan
hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung.
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan
lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah
hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.
Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang
kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar
yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa
pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?
Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang
dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu
juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.
Menurut salah satu daripada budak-budak itu,
rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat
sebentar tadi.
Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka
pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah
lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok
Dahaman.
Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu
telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang
berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah
runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-
budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka
kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan
mata kasar.
Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit
minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi,
minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia
menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
tulang ayam bersilang di rambutnya.
Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu
bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan
mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di
rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut.
Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina
di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat orang lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di
kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan
org ramai.
Pesanan Penganjur >>>
Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak,
mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke
dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca
Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang
air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang
muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang
suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada
hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari
itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk
berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan
syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah
kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia
dengan bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan
dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan
tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa
rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.
Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman,
syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang
ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut
isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada
yang membawa anak mereka.
Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak
dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu
talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau
tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh
isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-
sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya
berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan
berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai
melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat
bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka
menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap
mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau
tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak
makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau
sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.
Wallahu a lam