Banykkn amalan pada yang esa.(pantun TV9)haha
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini
Sabot je ramadhon,tau dh kena puasa la jawabnya(pikiran ku time kecik),tapi bila puasa mesti teringat nak raya,haha
Bila dok sorang2 aku teringat balik fe’el aku time bln ramadhan ni,nk dapatkan duit raya banyak kat parent’s aku terpaksa la tipu diri sendiri & family aku…haha
Yela,bila dah penat je,masok bilik air la minom ayaq…..air paip pon rasa mcm air laici time 2..haha,tp time nk buka posa je nikmat nk buka 2 aku x dapat la coz aku xposa,time posa full hari hari ja,bila nk buka 2,ALLAHHUAKBAR,nikmatnya memang filing gile ar…
2 citer lame,sekarang aku x buat dah kerje gile tuu,nek je skolah menengah,aku dah dpt beza kan mana baik mana burok,time skolah rendah 2 reti gak la beza mana bek mana burok,tp x leh beza mana yang TERBAIK & TERBUROK,lau dah besar panjang ni menipu gak memang otak sewel la org kata..haha
Bulan ramadhan ni bnyk kelebihannya,so aq nk kongsi sikit la…
1) Bulan Ramadhan ni bulan keampunan.dalam bulan ini segala dosa kita diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah kita lakukan akan diampunkan.
2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar ni malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang paling baik la orang kata,malam ni dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran ni pembimbing kepada kita & suluruh umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan ni gak pintu syurga akan dibuka manakala pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ni salah 1 tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan ni xde syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu(diikat,bkn dgn tali rapia)haha. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan posa ni gak pahala amalan yg kita buat dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.
P/s:moga2 dengan kelebihan yg aq bg tau,yg ada dlm bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah


Tiada ulasan:
Catat Ulasan