Seminggu sebelum bermulanya majlis aku telah menerima sepucuk surat jemputan ke majlis iktifal dri sekolah ku....
pada mulanya aku bertekad untuk tidak hadir ke majlis tersebut kerana keputusan exam aku x berapa sempoi(malu).lulus 2 lulus.cuma x sempoi je...tetapi bila aku selidik pnya selidik,rupa2nya ramai jugak result exam lebih kurang mcm aku..so aku pon mngubah fikiran untuk hadir ke majlis tersebut..
Tanggal 7april,aku & teman2 ku yg lain berkumpul d sekolah,aku terkejut gak bila sampai kat skolah,rupa2nya dh banyak perubahan kat skolah ni.
Aku melihat teman2ku memakai pakain yg smart2(mcm nk akad nikah pon ada).sejak sekian lama tidak bertemu,kmi berbual panjang dahulu sebelum pergi ke dewan untuk majlis tersebut...
Dri kiri: mudir(ust mat ayub),perasmi(YB hashim),ustaz abdullah
Dalam dewan,banyak gak kata2 mutiara yg aku perolehi drp mudir dan perasmi majlis.Majlis ni dirasmikan oleh YB ustaz hashim,seblum ni majlis iktifal drasmikan oleh MB besar kedah(ustaz Azizan).tp d sebabkan beliau sibok,YB hashim la sebagai peganti..
Lepas aku amik sijil & hadiah,aku pon berjumpa la dgn junior2 aku yg masih sekolah di situ..banyak yg kami borakkan,
Sebelum kmi berangkat pulang,kmi bersalaman dgn murobbi kmi memohon restu dan meminta agar mndoakn kejayaan kmi d dunia &akhirat..
walaupon hanya sehari,banyak kenangan manis yg aku perolehi walaupon ad masalah teknikal yg terjadi pada seorg temanku..
dalam gambar:syafiq,ahlul,admin,hadi
solihin,syazlan,fikri,khalil,zikri..
yg tiada dlm gambaq :abu iman,syarip,naeem,marzuq,
walaupun ada teman2 ku yg tidak berjaya,jangan lah korg berputus asa,kat sini ad something aku nk kongsi kat korg....
8sebab Allah lambatkan pertolongan keatas org mukmin..
- Allah SWT ingin melihat insan yang paling sabar menghadapi ujianNya sehingga Allah SWT boleh menganugerahkan kepadanya pangkat الصابرين .
- Supaya semua umat Islam boleh berkongsi pahala dan memasuki Syurga Allah SWT dengan berduyun-duyun.
- Supaya Allah SWT dapat melihat siapakah yang sanggup berkorban untuk Allah sehingga ke titisan darah terakhir dan sehingga segala harta kekayaannya diserahkan kepada Allah SWT.
- Supaya Allah SWT dapat melihat talian perhubungan Allah SWT dengan insan yang dikasihinya dalam semua keadaan sama ada dalam masa menerima nikmat atau semasa menghadapi ujian, apakah insan kesayanganNya tetap bersujud syukur kepadaNya atau disebaliknya?.
- Supaya Allah SWT dapat menilai perjuangan insan yang berjuang untuk Allah SWT dalam masa yang panjang dan dapat melihat, apakah hambanya benar-benar berjuang tanpa bermatlamatkan pahala dan syurga , malah benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT?.
- Allah SWT ingin melihat siapakah diantara hambanya yang mampu mencapai pahala disebalik ujian dan bala yang diturunkan.
- Allah SWT ingin mempamerkan dan menghukum, siapakah manusia sebenar yang paling berani melakukan kejahatan di atas muka bumi ini.
- Allah SWT ingin menegakkan kebenaran hakiki yang tidak lagi boleh diruntuhkan oleh syaitan, kerana kebenaran yang berjaya dibina telah melalui segala ujian dan ringatan. Sesungguhnya tiada lagi rintangan dan kesusahan setelah Allah SWT menganugerahkan Kemenangan Kepada Umat Islam.
Rujukan : Dibawah Naungan Al-Quran

Tiada ulasan:
Catat Ulasan